Baru 6bulan aku bekerja..alhamdulillah byk rezki yg aku dapat..mengisi kekosongan waktu2 yg sememangny hari bekerja..tp sb skolah sparuh hari maka byk la masa kosong aku..sllu d marah oleh tunnnnnnnnnnn tp nak wat cmne..ampun yaaa...
hari ni bermula cuti skolah tp aku dh cuti smggu awal wlupun takde la cuti sbnrny tapi aku tak g skolah...hehe..mcm sabah srawak lak dpt cuti 3 mggu..seminggu aku d tugaskan menjaga bdk2 squash team johor seramai 22org..under 12,15 n 18..n esok kami akan berangkat ke ipoh slama smggu..
1st day aku dtg latihan pusat, sgt2 la busan sb tgk dorg training je..aku lak pendiam..maklum la tak kenal spe2 kec ckgu wan n ckgu khairul..bdk2 pn awal2 ingtkan aku player..dorg cakap "cikgu 1st day sombong gile..sy ingt ckgu player.."..hahaha..ckgu2 yg dtg ctu pn ade ingt aku player..muke aku ni sweet17 sgt ke..hekkk...dh msuk hri ke2 aku berusaha menyesuaikan diri..n smakin hari smkin ok wlupn mmg boring tp bleh la..dh knal ngn sume org jdiny takdela aku diam membatu je..
so masa latihan suda tamat tiba masany utk berjalan2 ke ipoh..dlu aku g ipoh sb KAGUM..skrg aku g ipoh lagi sb MSSM..peranan yg berbeza tp tujuan yg sama...haihhh..tgk budak2 men mmg rse geram je nak men (wlupun tak terer)..asyik teringt terkenang2 zmn skolah n maktab dlu..masih lom puas lg melalui zmn remaja raseny tmbh2 lagi aku ni d lyn mcm aku ni budak2 lagi..mmg la rse bukan aku yg jga budak tp aku termasuk dlm budak2 tu skli..heeee
moga perjalanan pergi n pulang berjalan lancar n selamat n membawa pulang kejayaan..good luck ye team johor...=)
aKuMuSaFirLaLu
Sabtu, 5 Jun 2010
Sabtu, 1 Mei 2010
Bekerjalah seikhlasnya...
Saban hari isu pendidikan menjadi isu yg hagat diperkatakan..dari masalah murid, kerani, guard, tukang kebun, cleaner, smpi la ke cikgu2 terlalu banyak isunya..dan sekarang semakin kelihatan cikgu semakin banyak merungut tentang tugasnya..byk artikel2 yg kua komen2 yg sampi kat mne2..n aku dapat emel dari sorg mmber aku ni n terus teringt dengn isu hangat ni..jadinya terasa ingin mau d kongsi bersama terutamanya kepada kalangan pendidik termasuk aku..
Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas
walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu.
Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu
saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah
organisasi.
“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata
seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa
bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran
yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak
ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”
Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah
berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir
dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan
yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah
digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang
berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika
bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau
mendapat kenaikan gaji?
Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya
kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi
sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”
Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang
anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion
masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya.
Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya
sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya.
Memang, semua anak-anaknya menjadi.
“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik
gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat
dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”
Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih
anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat.
Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”
Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi
ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih
sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada
kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”
“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri
dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you
give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia.
Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan
kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”
“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi
Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat
saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri.
Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan
dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”
Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa
yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan
yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta
yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita.
Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah,
lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”
Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat
kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan
dengan begitu teliti.
“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau
setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong.
Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya
logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi
laluan untuk kita?”
Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu
tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong.
Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan
kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk
membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang
tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”
“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan
manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas
kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya.
Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu
lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.
“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha
Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak
memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang
melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula
kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah
Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia
lagi.”
“Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup.
Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia.
Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang
lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau
gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih
baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”
Giliran saya pula tersenyum.
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah.
Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang
mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan
hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back…
Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga.
Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada
kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki
bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang
lebar.
“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang
tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi
Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang
sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh
Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi
kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?”
“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita
buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau
kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan
berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan
berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya
mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.
“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang
derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang
tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan
ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”
Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar
impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi
peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada
lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?.. .....

Khamis, 29 April 2010
Anak2 anugerah Allah SWT..
Hari ni hampir seharian aku kat SMK Tmn Johor Jaya 2 sb tbe2 dilantik jadi hakim utk tilawah..bidang terjun je..1st time..ada Pertandingan Semarak Islam Pendidikan Khas prkat daerah..ade tilawah,nasyid,azan,bercerita..student aku sorg dpt johan, sorg dpt naib johan n sorang dpt saguhati..tak anta rmi sb tak ramai pn budak khas kat skolah aku..n yg bukan islam pn ramai..
emm,byk pngalaman yg aku dpt..tak tau nak mulakan cite dari mane..hahaha..tp mmg sgt best..tgk telatah keletah perangai budak2 khas ni..rse kagum,terharu,sedih,bersyukur,gembira,sume ade..aku rse terhibur dgn dorg..sblm ni aku dh pernah rse praktikum kt skolah yg ade pendidikan khas..mmg sgt memberi pngalaman yang berharga pd aku..tmbh lagi student kt skolah tu 120org..mmg lg mcm2 ragam..n hari ni aku berpeluang lagi berada di kalangan mereka dgn jumlah yg lebih ramai...
mse jga tilawah,mcm2 gaya ade..ade yg smpi aku tak tahan nak gelak..ade yg dh dok dpn tp tak nak bce cume tersengih je terkeseng2..ade yg bce dgn penuh relax tp mata melilau2 tgk ckgu2..ntah cmne gaya dia pn aku tak pndai nak cte tp tu yg pling aku suke..hehe..mcm2 la lagi..mmg senyum jela aku dok dlm dewan tu spnjg mse dgr n tgk budak2 ni bertilawah.. ngeeee...
then mase majlis penutup, kumpul sume peserta n guru kat surau..lagi la mcm2 dpt tgk..n sblum berakhir disantapkan lagi skli ngn johan nasyid..dpt gak aku tgk dorg bernasyid..mse jadi hakim dpt dgr sayup2 je budak nasyid n bercerita..tak dpt nak tgk..aku rse sgt kagum n sebak pn ade tgk dorg..budak2 yg kurang upaya cmtupn mampu main alat muzik sgn baik, mampu menyanyi,mampu seiring senada suara n muzik..rse lebih bagus dari yg normal..mmg cikgu tabik spring la..mgkin bnda ni dah biasa bg kebanyakan org tp pd aku ni satu bnda yg baru utk aku..aku sgt teruja...
walaupun mmg tak sume mgalami tahap kurg upaya yang teruk, tapi dorg mmg istmewa..wlupun dh skolah mngah..kbykan bdn lagi besar dari aku..kecik ke besar ke tp dorg tetap istimewa..tgk kesabaran ckgu, mmg sgt lain ngn ckgu2 kat aliran perdana..espclly ckgu2 khas kt skolah aku..mmg aku betul rse kagum la tadi..rse betapa setiap murid setiap kanak2 tu satu anugerah yang tak ternilai walau mcmn pn keadaan rupa mental fizikal mereka..subhanallah...
aku akan terus mencari dan menimba pengalaman di kalangan mereka...seperti sudah jatuh hati...hihihi....
wassalam..

Rabu, 28 April 2010
Selasa, 27 April 2010
Aku ingin.....
Aku inginkan.....
byknya yg aku inginkan..
tp siapa aku utk mendapat semua yg aku ingin..
sebenarny byk sgt bnda yg nak diluahkan smpi satu bnda pun tak terluah...
rse kekusutan kepala yg semakin bercelaru...
baru 5 bulan cyba....
ape yg aku rse cuma aku tak hepy..
kosong..
terus kosong..
dan semakin kosong...
andai ku tahu......

Jumaat, 2 April 2010
Tumpang lalu..
sesuai ke title post aku ni..
tumpang lalu kat blog sndiri..
ada yg tnya ko tak update blog ke cyba?
byk benda sebenarnye nak d tulis tp sume dlm kepala aku..
dlm kepala sape nak baca..
nanti2 la ea..
sabar menanti...
mcm restoran sabar menanti kt jb ni..

Ahad, 7 Mac 2010
Hari ini...
hari ini...
aku keseorangan kat umah..
sume balik kampung ada kenduri arwah...
aku sendiri...
sebab semalam kene hantar budak ke MTQ..
"cikgu, puas hati tak?"
"puas,puas.."aku senyum smbil wat thumb up..
"tahniah naufil.."smbil salam..
hahaha..kene ketuk trus dua2 dapat johan..
pasni ke peringkat daerah lak..
alhamdulillah...
n petangnya aku ke sekolah utk traning budak netball..
smbil menyambut besday salah sorg player..
mak dia anta kek..
"cikgu, nt bleh celebrate besday mimi?"
"ooo..bleh2.."..
risau aku ngn dak2 ni..game naik cuti nt..
karnival bola jaring 23,24,25 mac 2010..
39 buah skolah..wlupun tak meletakkan sasaran tggi..
dorang pn tak pernah ade rekod kemenangn..
tapi aku ade menaruh harapan jugak sekurang2ny dorang dapat ke peringkat ke2..
takpela, 1st year aku pegang..
so aku cube wat yg terbaik...
tapi risau gak sebab aku akan jadi pengadil sepanjang kejohanan..
sape la nak tlg push budak2 tu time game nt...
harap2 sume berjalan dgn lancar..
hari ini...
petang ini...
aku kene ke sekolah lagi..
tujuan??
traning budak lagi...
gagahkan diri jugak la ke sana..
hope ramai yg datang,,,
jgn jadi macam dulu..
aku smpi penat2..sorang je yg mncul..
kukuciwa betull..
hari ini..
sekarang...
mau kemas umah la...
keje rutin pd hari ahad..
tp sbb da bgn lambat..
kete tak dapat nak basuh..
cuaca da panas...
.......................................

Langgan:
Catatan (Atom)