aKuMuSaFirLaLu

Jumaat, 6 Februari 2009

secekal siput..



secekal siput..tabahnye siput tu mengharungi hidup..ingat lagi mase tu aku kacau dia sgguh2..bape kali dia masuk dlm cengkerang balik..dia kuar, aku kacau lagi..ntah bape kali camtu..aku tak putus asa mengacau n dia tak putus asa utk kua balik n truskan perjalanan..aku yang kagum..moralnya...korang pun dapat pk ape moral of the story dia..hmm, aku ni mmg suke memerhati semua bnda..lagi benda yang bergerak..pastu aku kacau..kacau abis2...then i will know something..pastu wat aku berfikir..pastu aku blaja sumthing...mmg bes..byk bnda yang aku suka perhati..diam lebih baik dari berkata2..aku rase aku la tu..tp bila diam sgt pn tak leh gak kan..hahaha..ntah la..pening dah aku ni..aku ingat lagi aku mntak mmber aku bgtahu aku ni org yang camne..then dia kate..mysterious..am i???...hahaha..lu pikir la sendiri..panjang lagi ni nak tulis sebenarnye tapi lagi sekali lu pikir la sendiri..

Gambaran atau Hakiki




Apakah yang mereka kejar-kejarkan,
apakah dari gambaran-gambaran,
yang dilakar dalam lakaran kosong,
atau dari rajah-rajah bungkam,
yang tak menentu-nentu membentuk,
atau minda khayalan sidongeng,
yang sendirinya tak dimengerti ertinya,
atau kisah-kisah terbitan sang rakus,
yang merakus atas dasar jajahannya,
atau dari suntingan mimpi seram, geram,
yang terperam lama bersama sampah-sarap,
atau akal sitahyul perombak kitab-kitab,
yang bertemankan iblis musuh utama kita,
atau lamunan siMajnun gila asyik pada Laila,
yang hanya dia dan untuk dia perasaan cinta itu,
atau....atau...namun semuanya bak bayang-bayang,
yang semakin dikejar, semakin menjauh perginya.
Sebaliknya yang hakiki, tak perlu dikejar-kejar,
semakin dikejar, semakin menghampirNya,
sejengkal kita bergerak, sehasta datangNya,
berjalan kita padaNya, berlariNya pada kita,
lalu menjemput kita, mengundang kita,
kesuatu pelantar, yang bakal menghantar kita,
kesuatu ruang, kedamaian dan kebahgiaan hakiki.

KUASA PEREMPUAN

KUASA PUJUKAN PEREMPUAN
* Kehebatan perempuan dalam pujuk rayu tidak dapat disangkal lagi.Tidak ada perempuan yang tidak mahir dalam seni ini. Kaum lelakiboleh dipujuk dan dirayu untuk melakukan apa sahaja mengikutkehendaknya.
* Beberapa contoh keruntuhan empayar yang dibina oleh lelakidisebabkan daya pujukan wanita :
1. Napoleon Bonarparte dan Josephine.
2. Anthony dan Cleopatra
3. Hitler dan Matahari
4. Samson dan Delila
5. Abu Lahab dan Hendon
* Beberapa contoh wanita yang menjadi kekuatan kepada kepimpinan seorang lelaki sehingga berjaya mengatasi segala ujian dan cabaran tanpa melemahkan semangat juang mereka dalam menegakkan kebenaran dan kekuatan agama :
1. Nabi Muhammad saw dan Siti Khadijah serta isteri-isteri beginda yang lain.
2. Nabi Ayub dan Siti Rahmah.
3. Nabi Ibrahim dan Siti Sarah serta Siti Hajar.
4. dan banyak contoh lagi orang-orang muslim yang lain.

KUASA KEJELITAAN PEREMPUAN
* Hal ini diketahui oleh semua orang. Kejelitaan perempuan bolehmenumbangkan ramai lelaki hingga banyak yang terarah melakukanperkara-perkara yang tidak wajar. Sebaliknya kuasa jelita yang adapada kaum muslimah boleh menimbulkan kecintaan yang tinggi terhadap Allah di mana seorang isteri boleh mempengaruhi suami dalam hal-hal yang diredhai Allah.

KUASA LAYANAN PEREMPUAN
* Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.

KUASA DOA PEREMPUAN
* Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnyalebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw:"Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya:"Kenapa ya Rasulllah ?" Jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

KUASA TAQWA PEREMPUAN
* Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.
* Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.
* Kekuasaan taqwa ini pula oleh kemuliaan yang diberikan oleh Allahswt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pastidilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki,kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perutperempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.
* Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw:"Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya)."

Rahsia alam..

1. Rama-rama merasa makanannya dengan kaki.
2. Bunyi itik tidak menghasilkan talun (echo).
3. Dalam tempoh 10 minit, taufan membebaskan lebih banyak tenaga berbanding keseluruhan tenaga yang boleh dibebaskan dari senjata nuklear yang terdapat di bumi.
4. Secara purata, ramai manusia lebih takut labah-labah daripada takut mati.
5. Gajah adalah satu-satu mamalia yang tidak boleh melompat.
6. Satu dari dua billion manusia akan dapat hidup sehingga 116 tahun atau lebih.
7. Tidak mustahil bagi lembu menaiki tangga tetapi ia tidak boleh menuruni tangga.
8. Wanita berkelip mata dua kali lebih banyak dari lelaki.
9. Secara fizikal semulajadi, adalah mustahil untuk anda menjilat siku sendiri.
10. Siput boleh tidur sehingga tiga tahun.
11. Saiz mata manusia tetap sama sejak dilahirkan, tetapi tumbesaran hidung dan telinga tidak pernah berhenti sewaktu hidup.
12. Semua beruang kutub adalah kidal.
13. Mata burung unta adalah lebih besar dari saiz otaknya.
14. TYPEWRITER adalah perkataan terpanjang yang boleh dibina dari huruf-huruf yang terdapat dalam satu barisan yang sama pada papan kekunci.

Rabu, 4 Februari 2009

apa akhirnya....


sepi..........

0234am...mata masih segar...pagi yang hening...moga sinar menanti aku di hari esok...terima kasih ALLAH kerana masih mengingati dan menyayangi hamba-Mu yang hina ini...

Selasa, 3 Februari 2009

tak leh tido...........


dkat kol3 pagi dah..aku tak leh td ni..tadi da shutdown laptop da baring da selubung tapi mate tak nak pejam..last2 aku bgn balik on balik laptop..da on tak tau lak nak watpe...camne ni..camne aku nak tdo..huhu..kepala tgh kusut..fikiran kacau...da bape hari camni..takleh tdo..tiap2 malam terkebil2 aku sorang2..huhu...nak wat ape pn tak tau..keje trus tak pandang dah..mmg takde mood aku nak wat..nak makan pn tak de selera...dmm sifu tongga dah aku ni..hahaha...dah la esok klas pagi sampai ptg..huhu..ade harapan nak ngantuk ni...menyonteng lagi jela keje aku dlm klas nt...