aKuMuSaFirLaLu

Ahad, 29 November 2009

Melangkah pastinya ke hadapan..

Merangkak..bertatih..berjalan..berlari..
apa yang pasti ia mara ke hadapan..
walau apa pun yg terjadi..
walau apa pun yang melanda..
walau apa pun yang menimpa..
aku perlu maju..terus ke hadapan..
apa lagi yg perlu aku lakukan..
untuk berundur tidak sekali kali..
untuk duduk dan berdiam diri hanya merugikan diri..
hadapan menjadi destinasi..
alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan..
genggam bara api biar sampai jadi arang..
pantang maut sebelum ajal..
walau aku perlu berlari..
walau aku perlu berjalan..
walau aku perlu bertongkat..
walau aku perlu bertatih..
walau aku perlu merangkak sekali pun..
aku akan berusaha utk terus ke hadapan..
moga diberi kekuatan dan keimanan..

Ya ALLAH berikan aku kekuatan utk menghadapi semua ini..Semakin jauh aku berjalan, semakin berliku jalan yg aku lalui..tapi aku pasti Kau tidak akan memberi sesuatu yang tidak akan mampu dipikul oleh hambaMu..aku akan terus berusaha..moga usaha ku sentiasa di bawah bimbingan dan rahmatMu..

terngiang2 kata2 cikgu rosli..Allah tidak akan beri apa yang kita mahu..tapi Allah akan beri apa yang kita perlu..seperti seorang hamba yang meminta bunga tetapi diberinya kaktus layu yang berulat..tapi setelah sekian lama, kaktus akhrny mengeluarkan bunga yang cantik dan ulat menjadi seekor rama2 yang menawan..

aku juga perlu begitu..bangkit dari kelemahan..teruskan perjalanan..mencari HIKMAH..aku akan terus berusaha..terus ke hadapan berundur tidak sekali..

2 ulasan:

shyna berkata...

btul...
harus trus tabah dan kuat utk melangkah ke hadapan...
cahaya di hadapan akan lebih membahagiakanmu!
selamat menjadi pendidik..tkcare=)

cyba_qema berkata...

thanks husna..
selamat2 jgak ea..
good luck n take care..=)